Jangan buat perkara perkara ini semasa di Jepun

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, saya sarapan susu dengan cornflakes pada pagi ini. Kesnya malas masak, haha. Senang sediakan mangkuk kecil, masukkan susu, tabur je cornflakes. Nyummy!

Ada beberapa larangan yang anda patut fikir dua tiga kali kalau nak buat semasa di Jepun. Anda boleh ikut atau abaikan jika rasa tak bersesuaian.

1. Sebut perkataan “mangkuk”

Perkataan ni adalah perkataan “taboo” dalam bahasa jepun.

Mangkuk dalam versi bahasa Melayu adalah alat untuk meletak sup dan sebagainya. Namun dalam versi jepun ia bermaksud vagina/faraj.

Jadi hati hati semasa nak order Udon kat kedai, manalah tau tercakap nak mintak “mangkuk”. haha

2. Berbual pasal “Cincin”

“Cincin” pula bererti kemaluan lelaki. Bukan cincin  belah rotan buat bertunang tuh ya. haha

Pernah terjadi seorang pelajar Malaysia yang tengah berborak dengan rakanya didalam tren yang padat dengan orang Jepun. Terkeluar topik cincin, dan tak ingat perkataan taboo tuh. haha. Orang jepun pandang semacam sebab mereka mungkin akan cop kita sebagai sexual offender or perangai pelik. Pandangan mereka pun nampak jijik. Buruklah nama negara kita nanti kan?.

3. Borak bising-bising di Malam hari.

Ini pengalaman Hanihafzan sendiri. Bila dah berkumpul ramai-ramai dalam satu rumah, macam dekat kedai mamak tengah tengok bola. tup-tup dah pukul 2 pagi. Jangan tiru perangai macam tuh sebab kebanyaknya orang Jepun tidur awal dalam pukul 9-10 malam sudah tidur. Kebiasaan orang Malaysia akan tidur pukul 1-2 pagi hatta di Malaysia pun sama. Di Jepun 6 petang sudah gelap. Jika anda buat juga borak bising-bising, kemungkinan besar polis akan datang ketuk pintu dan cakap;

“Selamat malam. Boleh perlahankan suara sebab jiran terganggu dan ada bayi sedang tidur. Saya harap saya tidak datang lagi selepas ini”

terus senyap balik tidur,haha.

Unless korang kat pub, kedai makan dsb.

4. Jalan perlahan di tengah-tengah laluan pejalan kaki

Ni paling tidak digemari oleh orang Jepun. Budaya “迷惑をかけるんじゃん” atau diMerlayukan, budaya “menyusahkan orang” ini adalah budaya bagus yang patut rakyat Malaysia ambil dari orang Jepun. Oleh sebab kelajuan berjalan bagi seorang Jepun berkadar dua kali ganda melebihi rakyat Malaysia, sudah tentu anda menghalang kelancaran laluan pejalan kaki lain. Kalau rasa nak jalan lambat, jalan kat tepi. Jangan jalan kat tengah. Then jangan tengok map/phone masa tengah jalan. Ni pantang besar!!

4 perkara diatas jangan buat kat jepun ya. haha. dah habis plak cornflakes saya. Nak tambah lagi ni..

HaniHafzan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s