Jepun dan Kesejukan

Jepun bermula pada bulan 10 sehingga bulan 3, cuaca akan mula dingin dan kering.

Pertukaran Musim dari musim luruh ke musim sejuk biasanya angin kuat dan hujan selama beberapa hari. Tu petanda paling tepat untuk anda mula bersiap menghadapi musim seterusnya.

  1. Bulan 10

permulaan musim luruh

pokok akan mula menguning,then luruh tinggal batang dan ranting sahaja.

suhu akan turun sehingga 18 celcius di siang hari, malam 12 celcius sampai ke tulang kalau keluar jalan jalan malam hari.

2. Bulan 12~2

Suhu makin turun bawah 10 celcius, ada setengah tempat bawah 5 celcius pun ada.

3. Bulan 2~akhir bulan 3

Pengakhiran musim sejuk, suhu mula naik tapi masih sejuk.

Bila jejak kaki atas simen atau sentuh air paip nak basuh tangan, itu pengalaman mengerikan,haha

Masa ni dah nak masuk musim bunga balik.

Apa yang tak best?

Kalau nak keluar pergi mana-mana kena pakai baju tebal-tebal. Siap sarung tangan kaki semua.

Bila dah pakai sarung tangan susah lah nak main handset sebab kalau jenis skrin sentuh tuh memang hampeh lah.
Mandi juga perkara mengerikan bagi saya.

Bangun pagi juga akan menjadi susah bagi rakyat Malaysia.

Pakaian juga susah nak kering sebab suhu sejuk, dan matahari pun keluar kejap aje. Pukul 6.30 petang dah gelap semua.

Suhu yang sejuk dan kering, kulit jadi kering. Tips sapa yang nak datang masa musim sejuk sila bawa pelembap bibir, losyen bagai semua lah ya.

Tekak akan selalu dahaga sebab udara kering dan sebab itu saya akan selalu ke tandas juga sebab sejuk. hihi

Perut akan lapar. Kalau makan malam pukul 6.00 petang, pukul 11 malam mesti makan lagi. Kalau tak perut akan berdendang masa nak tido.

Nota-apa yang best?

Makanan kalau biar atas meja memang susah basi. Tak yah masuk peti ais pun. haha

Sampah yang boleh dibakar macam sisa makanan tak busuk, so senang untuk di uruskan.

Eh, bila salji nak turun?

HaniHafzan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s