Urusan ternakan dari sisi Islam

Setiap hari kita menjamu selera lauk pauk berbeza. Ada yang makan ikan, ayam, kambing, berulam raja dicicah cencaluk budu dan macam-macam. Kalau kena nasi kerabu kelantan, hadoilah sedapnyaaaaaa.. Sukarnya untuk mendapat menu Malaysia disini memaksa kami masyarakat Melayu merubah menu. Kalau dulu pagi2 makan nasi lemak, sekarang saya makan pisang, cornflakes, susu. Bukan kerana kaya, tetapi tiada masa, tiada kedai tiada bahan. Andai terpaksa memilih antara nasi lemak dengan cornflakes, jauh sekali rasa sedap nasi lemak lah!

Islam menuntut ummat untuk makan dari sumber yang halal dan baik.

Andai kata durian menjadi musuh mereka yang berdarah tinggi, tinggalkan durian kerana ia tidak lagi baik kepada anda walaupun ia halal.

Di negara maju Amerika, Jepun dsb, perternakan ialah bisnes. Bisnes yang merangkumi kehendak kepada wang yang banyak dan masa yang singkat. Haiwan seperti ayam, lembu tidak lagi dibiarkan meragut bebas di padang sebagai mana di kampung, sudah hilang tradisinya.

Mereka di kurung di dalam sangkar, ibarat barangan niaga lain yang tidak dijaga jiwanya sebagai makhluk.

Hatta proses kehidupan seperti beranak pinak, mengawan, berkasih sayang antara ibu lembu dan anaknya tidak lagi dibenarkan kerana industri ternakan tiada masa dan banyak wang dibazirkan jika proses tersebut di biarkan terjadi. Tindakan persemanian di dalam makmal, penyuntikan elemen luar kedalam tubuh ternakan demi mencapai sasaran industri tidak wajar berlaku. Ia sesuatu yang tidak sihat dan tidak bagus kepada haiwan ternakan. Andai anda dikurung berbulan di dalam kandang yang sempit, tidak dibenarkan bermesra dengan pasangan, apa perasaan anda? pasti kemurungan, stres melanda menyebabkan anda tidak sihat. Tidak sihat disini harus dilihat dari dua aspek, sihat jiwa dan sihat fizikal. Saya yakin stres dari kurungan yang sempit menyeksa jiwa ternakan.

Mahukah kita makan makanan yang tidak sihat? atau kita hanya pentingkan keenakan masakan semata-mata?

Saya menyeru kita semua berhenti makan makanan segera seperti sosej, daging burger dan juga ayam bandar. Jiwa ternakan ini tidak sihat. Kesannya jiwa kita menjadi malas. Sekiranya ternakan diperlakukan sedemikian rupa, wajar dan amat wajar bagi umat islam menghentikan dari memakan makanan halal tapi tidak baik.

Penyelesaian adalah beli ayam organik, ayam kampung dan sebagainya. Ayam organik tidak dicucuk sebarang agen pembesaran, pertumbuhan mereka normal dan tidak diransang. Ayam kampung pula sememangnya kita sedia maklum mereka bebas mencari makanan tanpa ada sekatan, jauh sekali dicucuk ubat. Ada berpendapat, ayam kampung ini kotor, makan makanan yang bukan-bukan, cacing ulat dsb. Kita lupa kita lagi pengotor. Kita makan macam-macam. Dahlah kotor hati, kotorjuga makanan yang kita makan.

Advertisements

Ikhlaskah kita meminta maaf?

Apabila kesalahan telah kita lakukan, semestinya sejak azali, adat dan adab yang baik untuk kita meminta maaf. Sudah berbuat kesalahan dan tidak meminta maaf itu buruk, jijik dan hina.

Namun, adakah ikhlas kita meminta maaf?

Tidak dinafikan manusia mempunyai rasa antara hati sesama mereka. Melalui naluri ini, kita seakan merasa ikhlas atau tidak kemaafan yang dipinta. Masalah utama ialah mereka yang melakukan kesalahan seolah-olah tidak ikhlas meminta maaf. Kerana proses minta maaf ibarat melepaskan batuk di tangga. Tidak sempurna, cacat di mata kita. Lalu terbit soalan, cemuhan, pandangan serong terhadap kita sedangkan kemaafan ditagih dari kita dan si dia yang berbuat salah.

“sedangkan nabi ampunkan ummat”

“aku dah minta maafkan, apalagi yang tak puas hati?”

Ini antara kata2 yang pada saya tidak wajar diungkapkan oleh si pesalah. Laksana meminta sesuatu yang berharga dari seseorang, begitulah meminta kemaafan.

 Perlunya kemaafan ditagih dengan cara yang betul supaya kemaafan tidak murah!!

Saya ingin nyatakan dengan tegas bahawa kemaafan adalah milik mereka yang ditagih kemaafan. Pelaku salah perlu sedar perkara ini. Jangan beranggapan kemaafan sesuatu yang layak anda dapat dengan mudah dan murah. Andai kata kemaafan tidak dapat diberi kepada anda, suka saya ingatkan anda telah berhutang dengan si dia, berdosa di sisi Tuhan.

Tidak memberi kemaafan bukan sesuatu kesalahan!

Wajar kita perbetulkan persepsi kita terhadap proses minta maaf. Rasa ikhlas itu dapat kita sambung, hantar terus kepada si dia jika itu tujuan yang benar, InsyaAllah! Yakinlah!

Retaknya pinggan kerana dilempar, andai digam sekalipun, retaknya tetap kelihatan. Jangan ulangi kesalahan yang telah kita buat. Sebab berulangnya kesalahan yang kita buat sebab kita merasa maaf itu murah dan senang kita perolehi.

Bermaafan lah sesama kita kerana itu tuntutan agama.