Urusan ternakan dari sisi Islam

Setiap hari kita menjamu selera lauk pauk berbeza. Ada yang makan ikan, ayam, kambing, berulam raja dicicah cencaluk budu dan macam-macam. Kalau kena nasi kerabu kelantan, hadoilah sedapnyaaaaaa.. Sukarnya untuk mendapat menu Malaysia disini memaksa kami masyarakat Melayu merubah menu. Kalau dulu pagi2 makan nasi lemak, sekarang saya makan pisang, cornflakes, susu. Bukan kerana kaya, tetapi tiada masa, tiada kedai tiada bahan. Andai terpaksa memilih antara nasi lemak dengan cornflakes, jauh sekali rasa sedap nasi lemak lah!

Islam menuntut ummat untuk makan dari sumber yang halal dan baik.

Andai kata durian menjadi musuh mereka yang berdarah tinggi, tinggalkan durian kerana ia tidak lagi baik kepada anda walaupun ia halal.

Di negara maju Amerika, Jepun dsb, perternakan ialah bisnes. Bisnes yang merangkumi kehendak kepada wang yang banyak dan masa yang singkat. Haiwan seperti ayam, lembu tidak lagi dibiarkan meragut bebas di padang sebagai mana di kampung, sudah hilang tradisinya.

Mereka di kurung di dalam sangkar, ibarat barangan niaga lain yang tidak dijaga jiwanya sebagai makhluk.

Hatta proses kehidupan seperti beranak pinak, mengawan, berkasih sayang antara ibu lembu dan anaknya tidak lagi dibenarkan kerana industri ternakan tiada masa dan banyak wang dibazirkan jika proses tersebut di biarkan terjadi. Tindakan persemanian di dalam makmal, penyuntikan elemen luar kedalam tubuh ternakan demi mencapai sasaran industri tidak wajar berlaku. Ia sesuatu yang tidak sihat dan tidak bagus kepada haiwan ternakan. Andai anda dikurung berbulan di dalam kandang yang sempit, tidak dibenarkan bermesra dengan pasangan, apa perasaan anda? pasti kemurungan, stres melanda menyebabkan anda tidak sihat. Tidak sihat disini harus dilihat dari dua aspek, sihat jiwa dan sihat fizikal. Saya yakin stres dari kurungan yang sempit menyeksa jiwa ternakan.

Mahukah kita makan makanan yang tidak sihat? atau kita hanya pentingkan keenakan masakan semata-mata?

Saya menyeru kita semua berhenti makan makanan segera seperti sosej, daging burger dan juga ayam bandar. Jiwa ternakan ini tidak sihat. Kesannya jiwa kita menjadi malas. Sekiranya ternakan diperlakukan sedemikian rupa, wajar dan amat wajar bagi umat islam menghentikan dari memakan makanan halal tapi tidak baik.

Penyelesaian adalah beli ayam organik, ayam kampung dan sebagainya. Ayam organik tidak dicucuk sebarang agen pembesaran, pertumbuhan mereka normal dan tidak diransang. Ayam kampung pula sememangnya kita sedia maklum mereka bebas mencari makanan tanpa ada sekatan, jauh sekali dicucuk ubat. Ada berpendapat, ayam kampung ini kotor, makan makanan yang bukan-bukan, cacing ulat dsb. Kita lupa kita lagi pengotor. Kita makan macam-macam. Dahlah kotor hati, kotorjuga makanan yang kita makan.

Sukiya halal atau tidak?

“Mencari yang halal adalah kewajiban setiap muslim”

Rangkaian restoran Sukiya yang memiliki 1856 cawangan di seluruh dunia membuktikan resepi makanan mampu menarik sesiapa sahaja. Termasuklah rakyat Malaysia terutama Melayu Muslim.

Namun kelazatan tanpa status halal tidak lah bermakna apa -apa.

Berdasarkan apa yang saya dapat di laman facebook Sukiya Malaysia, ternyata status Halal telah diberikan oleh Jakim. 2014 nov 11.

Justeru, tiada apa-apa halangan untuk muslim menikmati hidangan di restoran tersebut. Yahoo, bersyukurlah rakyat Malaysia kerana Sukiya Jepun masih belum ada sijil halal lagi. Hanya sukiya Malaysia yang halal ya.

Nota:

Ikan tidak diragui lagi sememangnya halal hatta tanpa disembelih. Namun ada juga ikan tidak halal, ikan apa ya? ikan yang dicuri,hehehe. Tu gambar hasil tangkapan saya dan sahabat di laut Jepun. Besstt.

HaniHafzan