Tukang Masak dengan Ijazah dan Master!

Kisah teladan untuk mereka yang masih belum mempunyai kerja khususnya bagi warga Dungun.

Pulang dari kerja, saya singgah di kedai mamak untuk makan malam. Sebelum memesan makanan, saya terdengar perbualan tukang masak dan pekerja Myanmar. Saya terkejut kerana tukang masak tersebut petah bercakap bahasa Inggeris, bahkan lebih petah dari saya. Saya terus temu ramah beliau.

Nama hmba Allah ni Fahad. Seorang tukang masak di kedai mamak di Dungun, Terengganu. Walaupun pakaian beliau nampak tidak kemas, kerja sebagai tukang masak sahaja, beliau mempunyai ijazah dari COMSATS(universiti penyelidikan Pakistan) dalam bidang biologi, bahasa, dan sains fizik. Selepas 3 tahun tamat pengajian beliau sambung lagi 4 tahun ke peringkat master dalam bidang Pengurusan. Fahad boleh berbahaya Melayu, Inggeris, Spanyol, Arab, Cina Perancis. Dengan pencapaian yang begitu baik dalam pelajaran, mengapa beliau masih bekerja sebagai tukang masak??


Fahad berkata kerja di India sangat susah. Kesukaran untuk mendapat kerja menyebabkanya keluar merantau ke perancis,usa,portugal,abu dhabi dan terakhir Malaysia. Tapi mengapa pilih Malaysia?

1267956_1005053546188389_1090479456880235015_o
Hensem juga ya

Sebab rakyat Malaysia buta,emas depan mata ibarat batu tiada nilai .Fahad berkata hidup di India susah, belajar tinggi  tapi susah nak dapat kerja. Rakyat India ramai berjuta juta,kemudahan kurang,taraf kemiskinan tinggi,kos hidup tinggi,kotaraya sesak,tanaman sukar hidup, tapi lain di Malaysia, sini semua kemudahan ada..

Kita wajar mengambil iktibar dari cerita Fahad. Pelajaran yang tinggi bukan lah jaminan akan mendapat kerja. Yang penting adalah semangat dan jangan malas. Kemahiran perlu dicari dan bukanlah menunggu guru datang kepada kita. Cari lah guru untuk timba kemahiran dan pengalaman. Dengan nilai tambah itu kita mencari rezeki.

Kesungguhan dalam mencari pekerjaan juga perlu ada. Jangan lena diulit mimpi dan terus berusaha!

Nota

Ini adalah satu entri dari facebook dalam bahasa Terengganu dan di terjemah kepada bahasa Melayu baku agar pengajaran dapat diambil dari cerita Fahad. Moga moga anak muda Malaysia terus berusaha lagi!

HaniHafzan