Bila masa paling sesuai untuk datang ke Jepun? Nak shopping di Jepun

Ni soalan lazim bagi sesiapa nak datang melancong ke Jepun. Sebenarnya kene tengok tujuan juga.

Kalau datang sebab nak shopping (handbag LV, jeans Momotaro, kasut dsb) –

Masa terbaik adalah pada “GOLDEN WEEK”

2014-06-07 17.52.52
Gitar Lektrik menuggu tuan baru.
2014-06-14 11.18.25 HDR-1
Saya berani JAMIN Gucci LV dari Jepun tiada tiruan

Apa itu GOLDEN WEEK(GW)?

Cuti berderet selama seminggu bagi orang Jepun. Cuti sempena  apa? Saya malas nak huraikan sebab penting ke? haha

Apa yang penting, masa GW ini semua orang Jepun, pelajar & orang awam di Jepun cuti.

Dipadat cuti ini dengan HARGA RUNTUH, DISKAUN, JUALAN MURAH kerana? ye la, semua orang cuti dan ingat Jepun jarang ada cuti panjang yang libatkan semua orang. Mostly cuti untuk pelajar, bukan mak ayah diaorang sekali.

Jadi ini masa paling sesuai untuk kita yang shopping sakan dari Malaysia untuk ke Jepun. Just beli tiket awal awal dan terbang balik dengan muka ceria sebab dapat beg LV harga 30% lagi murah. haha Latest style plak tuh.hehe

So bila GW ni?

untuk tahun 2015

29 April sampai 5 Mei

Cuaca?

Masih sejuk dan paling ideal untuk shopping sebab cuaca bagus.

Selamat bersiap untuk melancong ke Jepun HaniHafzan ucapkan.

Bagi yang ada tujuan nak tengok pemandangan atau budaya Jepun camne?

hehe

HaniHafzan

Advertisements

Jepun dan Kepanasan

Percayalah bahwa Jepun lebih panas dari Malaysia.

Musim panas ini kemuncak start bulan 8. Tapi masa ni ramai student Malaysia balik kampung sebab nak lari dari kepanasan.

Kalau area tokyo, panas dia lain macam.

Panas sangat sampai ada kes kene heat shock

Panas melekit itu paling seksa haha

Duk dalam rumah pun panas. so nak lari mana? haha

Apa yang tak best?

  1. Rasa nak mandi 5 kali sehari.
  2. Rasa nak bukak aircond 24 jam, tapi bil elektrik plak mahal
  3. Makanan cepat basi

Nota

Kalau nak datang time musim panas, minum lah air banyak banyak, bawa sunglass, bawak sunblock, takyah bawak baju tebal-tebal. haha. Masa ini sesuai untuk mandi laut, segala aktiviti laut seperti meluncur air boleh dilakukan sebab air laut agak panas.

Eh, masa bila nak shopping?

HaniHafzan

Jepun dan Kesejukan

Jepun bermula pada bulan 10 sehingga bulan 3, cuaca akan mula dingin dan kering.

Pertukaran Musim dari musim luruh ke musim sejuk biasanya angin kuat dan hujan selama beberapa hari. Tu petanda paling tepat untuk anda mula bersiap menghadapi musim seterusnya.

  1. Bulan 10

permulaan musim luruh

pokok akan mula menguning,then luruh tinggal batang dan ranting sahaja.

suhu akan turun sehingga 18 celcius di siang hari, malam 12 celcius sampai ke tulang kalau keluar jalan jalan malam hari.

2. Bulan 12~2

Suhu makin turun bawah 10 celcius, ada setengah tempat bawah 5 celcius pun ada.

3. Bulan 2~akhir bulan 3

Pengakhiran musim sejuk, suhu mula naik tapi masih sejuk.

Bila jejak kaki atas simen atau sentuh air paip nak basuh tangan, itu pengalaman mengerikan,haha

Masa ni dah nak masuk musim bunga balik.

Apa yang tak best?

Kalau nak keluar pergi mana-mana kena pakai baju tebal-tebal. Siap sarung tangan kaki semua.

Bila dah pakai sarung tangan susah lah nak main handset sebab kalau jenis skrin sentuh tuh memang hampeh lah.
Mandi juga perkara mengerikan bagi saya.

Bangun pagi juga akan menjadi susah bagi rakyat Malaysia.

Pakaian juga susah nak kering sebab suhu sejuk, dan matahari pun keluar kejap aje. Pukul 6.30 petang dah gelap semua.

Suhu yang sejuk dan kering, kulit jadi kering. Tips sapa yang nak datang masa musim sejuk sila bawa pelembap bibir, losyen bagai semua lah ya.

Tekak akan selalu dahaga sebab udara kering dan sebab itu saya akan selalu ke tandas juga sebab sejuk. hihi

Perut akan lapar. Kalau makan malam pukul 6.00 petang, pukul 11 malam mesti makan lagi. Kalau tak perut akan berdendang masa nak tido.

Nota-apa yang best?

Makanan kalau biar atas meja memang susah basi. Tak yah masuk peti ais pun. haha

Sampah yang boleh dibakar macam sisa makanan tak busuk, so senang untuk di uruskan.

Eh, bila salji nak turun?

HaniHafzan

Siri Kenali Jepun: Ikan Saba

Hasil pancingan di laut Jepun dan rakan saya mendaratkan ikan saba. Malam tu jugak masak tiga rasa. Alhamdulillah!

Saba adalah sejenis ikan lurus panjang, tidak bersisik. Mungkin kurang bersisik. haha dan kuat melenting. Gemar berenang berkelompok.

Warna: Kelabu berbintik hitam

Tekstur isi:

Sedikit hanyir bergantung kepada jenis masakan. Tekstur isi yang manis semulajadi dan lembut. Biasanya sesuai untuk masakan salai, bakar. Untuk bakar, ikan saba dimasuk terus ke dalam ketuhar tanpa di letakkan sebarang gula atau perasa. Ia mengeluarkan sejenis cecair yang manis dan lemak seperti marjerin. So kalau kena dengan nasi putih panas panas, nice!

Hanihafzan promosi menu saba bakar kepada anda semua! Beli sahaja di seven eleven atau convenience store dekat dengan hotel, panaskan dan makan!

Harga:

Precook(2 orang)- RM10 Postcook(1 orang)- RM10

Lokasi:

Kalau di tokyo ada kedai makanan francais Gusto. Just cakap kat tourguide, nak makan kat Gusto. Antara kedai pilihan pelajar Malaysia di Jepun. Terus order Saba satu set dalam Rm30. Siap aneka air boleh tambah sesuka hati.

Kalau nak tau info apa-apa pasal Jepun boleh emailkan kepada saya soalan anda.

Selamat mencuba!

Hanihafzan

Jangan buat perkara perkara ini semasa di Jepun

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, saya sarapan susu dengan cornflakes pada pagi ini. Kesnya malas masak, haha. Senang sediakan mangkuk kecil, masukkan susu, tabur je cornflakes. Nyummy!

Ada beberapa larangan yang anda patut fikir dua tiga kali kalau nak buat semasa di Jepun. Anda boleh ikut atau abaikan jika rasa tak bersesuaian.

1. Sebut perkataan “mangkuk”

Perkataan ni adalah perkataan “taboo” dalam bahasa jepun.

Mangkuk dalam versi bahasa Melayu adalah alat untuk meletak sup dan sebagainya. Namun dalam versi jepun ia bermaksud vagina/faraj.

Jadi hati hati semasa nak order Udon kat kedai, manalah tau tercakap nak mintak “mangkuk”. haha

2. Berbual pasal “Cincin”

“Cincin” pula bererti kemaluan lelaki. Bukan cincin  belah rotan buat bertunang tuh ya. haha

Pernah terjadi seorang pelajar Malaysia yang tengah berborak dengan rakanya didalam tren yang padat dengan orang Jepun. Terkeluar topik cincin, dan tak ingat perkataan taboo tuh. haha. Orang jepun pandang semacam sebab mereka mungkin akan cop kita sebagai sexual offender or perangai pelik. Pandangan mereka pun nampak jijik. Buruklah nama negara kita nanti kan?.

3. Borak bising-bising di Malam hari.

Ini pengalaman Hanihafzan sendiri. Bila dah berkumpul ramai-ramai dalam satu rumah, macam dekat kedai mamak tengah tengok bola. tup-tup dah pukul 2 pagi. Jangan tiru perangai macam tuh sebab kebanyaknya orang Jepun tidur awal dalam pukul 9-10 malam sudah tidur. Kebiasaan orang Malaysia akan tidur pukul 1-2 pagi hatta di Malaysia pun sama. Di Jepun 6 petang sudah gelap. Jika anda buat juga borak bising-bising, kemungkinan besar polis akan datang ketuk pintu dan cakap;

“Selamat malam. Boleh perlahankan suara sebab jiran terganggu dan ada bayi sedang tidur. Saya harap saya tidak datang lagi selepas ini”

terus senyap balik tidur,haha.

Unless korang kat pub, kedai makan dsb.

4. Jalan perlahan di tengah-tengah laluan pejalan kaki

Ni paling tidak digemari oleh orang Jepun. Budaya “迷惑をかけるんじゃん” atau diMerlayukan, budaya “menyusahkan orang” ini adalah budaya bagus yang patut rakyat Malaysia ambil dari orang Jepun. Oleh sebab kelajuan berjalan bagi seorang Jepun berkadar dua kali ganda melebihi rakyat Malaysia, sudah tentu anda menghalang kelancaran laluan pejalan kaki lain. Kalau rasa nak jalan lambat, jalan kat tepi. Jangan jalan kat tengah. Then jangan tengok map/phone masa tengah jalan. Ni pantang besar!!

4 perkara diatas jangan buat kat jepun ya. haha. dah habis plak cornflakes saya. Nak tambah lagi ni..

HaniHafzan