Penjenamaa Hani Hafzan

Pada tahun lepas, bermula dengan nama Bundle Awokkite sebagai platfom pertama, saya mula  mengorak langkah bagi membina empayar perniagaan jenama saya tersendiri. Kemudian bagi menglokalkan lagi perniagaan ini, saya menukar nama kepada Hani Hafzan supaya imej baharu dan lebih bertenaga dapat dilihat.

Menggunakan perisian komputer dan khidmat nasihat dari animator, saya terpanggil untuk menggunakan sebuah logo yang designnya cukup mudah, menarik dan senang diingati.

10382758_358156781053478_6837262662900083772_n

Sebagai mana jenama terkemuka antarabangsa seperti Adidas, Puma, UnderArmor, potensi melalui logo amat besar dalam membawa imej perniagaan. Huruf H besar menunjukkan kemegahan dan keyakinan yang tinggi terhadap servis yang bakal diterima para pelanggan.

Visi saya adalah membawa jenama Hani Hafzan ke seluruh Malaysia sebagai servis membeli barang yang terkenal dengan servis yang bagus. Misi saya adalah memberikan harga munasabah dengan servis yang baik. Semoga semuanya menjadi kenyataan.

Instapurge Malaysia

Penggemar medan sosial terkenal, Instagram tidak asing lagi di bumi malaysia. Ramai artis terkenal tanahair seperti Nora Danish mempunyai followers yang ramai. Nora mempunyai followers mencecah satu juta akaun instagram. Namun baru2 ini gempar dengan satu berita berkenaan aktiviti instapurge. The Instapurge mengesan dan menghapuskan akaun instagram yang palsu,tidak aktif atau ciri-ciri yang mencurigakan. Kesanya, ramai artis ternama barat seperti Justin Bieber mengalami kehilangan followers yang agak ramai. Data kehilangan boleh di lihat di sini. Ada sebuah akaun chiragchirag78 dari 3.6 juta followers turun ke 8 followers. Ya lapan!!!selain dari lapan itu mungkin penipu semata-mata,haha

Agak2 berapa followers Nora Danish yang dinyahaktifkan?

Urusan ternakan dari sisi Islam

Setiap hari kita menjamu selera lauk pauk berbeza. Ada yang makan ikan, ayam, kambing, berulam raja dicicah cencaluk budu dan macam-macam. Kalau kena nasi kerabu kelantan, hadoilah sedapnyaaaaaa.. Sukarnya untuk mendapat menu Malaysia disini memaksa kami masyarakat Melayu merubah menu. Kalau dulu pagi2 makan nasi lemak, sekarang saya makan pisang, cornflakes, susu. Bukan kerana kaya, tetapi tiada masa, tiada kedai tiada bahan. Andai terpaksa memilih antara nasi lemak dengan cornflakes, jauh sekali rasa sedap nasi lemak lah!

Islam menuntut ummat untuk makan dari sumber yang halal dan baik.

Andai kata durian menjadi musuh mereka yang berdarah tinggi, tinggalkan durian kerana ia tidak lagi baik kepada anda walaupun ia halal.

Di negara maju Amerika, Jepun dsb, perternakan ialah bisnes. Bisnes yang merangkumi kehendak kepada wang yang banyak dan masa yang singkat. Haiwan seperti ayam, lembu tidak lagi dibiarkan meragut bebas di padang sebagai mana di kampung, sudah hilang tradisinya.

Mereka di kurung di dalam sangkar, ibarat barangan niaga lain yang tidak dijaga jiwanya sebagai makhluk.

Hatta proses kehidupan seperti beranak pinak, mengawan, berkasih sayang antara ibu lembu dan anaknya tidak lagi dibenarkan kerana industri ternakan tiada masa dan banyak wang dibazirkan jika proses tersebut di biarkan terjadi. Tindakan persemanian di dalam makmal, penyuntikan elemen luar kedalam tubuh ternakan demi mencapai sasaran industri tidak wajar berlaku. Ia sesuatu yang tidak sihat dan tidak bagus kepada haiwan ternakan. Andai anda dikurung berbulan di dalam kandang yang sempit, tidak dibenarkan bermesra dengan pasangan, apa perasaan anda? pasti kemurungan, stres melanda menyebabkan anda tidak sihat. Tidak sihat disini harus dilihat dari dua aspek, sihat jiwa dan sihat fizikal. Saya yakin stres dari kurungan yang sempit menyeksa jiwa ternakan.

Mahukah kita makan makanan yang tidak sihat? atau kita hanya pentingkan keenakan masakan semata-mata?

Saya menyeru kita semua berhenti makan makanan segera seperti sosej, daging burger dan juga ayam bandar. Jiwa ternakan ini tidak sihat. Kesannya jiwa kita menjadi malas. Sekiranya ternakan diperlakukan sedemikian rupa, wajar dan amat wajar bagi umat islam menghentikan dari memakan makanan halal tapi tidak baik.

Penyelesaian adalah beli ayam organik, ayam kampung dan sebagainya. Ayam organik tidak dicucuk sebarang agen pembesaran, pertumbuhan mereka normal dan tidak diransang. Ayam kampung pula sememangnya kita sedia maklum mereka bebas mencari makanan tanpa ada sekatan, jauh sekali dicucuk ubat. Ada berpendapat, ayam kampung ini kotor, makan makanan yang bukan-bukan, cacing ulat dsb. Kita lupa kita lagi pengotor. Kita makan macam-macam. Dahlah kotor hati, kotorjuga makanan yang kita makan.

Ikhlaskah kita meminta maaf?

Apabila kesalahan telah kita lakukan, semestinya sejak azali, adat dan adab yang baik untuk kita meminta maaf. Sudah berbuat kesalahan dan tidak meminta maaf itu buruk, jijik dan hina.

Namun, adakah ikhlas kita meminta maaf?

Tidak dinafikan manusia mempunyai rasa antara hati sesama mereka. Melalui naluri ini, kita seakan merasa ikhlas atau tidak kemaafan yang dipinta. Masalah utama ialah mereka yang melakukan kesalahan seolah-olah tidak ikhlas meminta maaf. Kerana proses minta maaf ibarat melepaskan batuk di tangga. Tidak sempurna, cacat di mata kita. Lalu terbit soalan, cemuhan, pandangan serong terhadap kita sedangkan kemaafan ditagih dari kita dan si dia yang berbuat salah.

“sedangkan nabi ampunkan ummat”

“aku dah minta maafkan, apalagi yang tak puas hati?”

Ini antara kata2 yang pada saya tidak wajar diungkapkan oleh si pesalah. Laksana meminta sesuatu yang berharga dari seseorang, begitulah meminta kemaafan.

 Perlunya kemaafan ditagih dengan cara yang betul supaya kemaafan tidak murah!!

Saya ingin nyatakan dengan tegas bahawa kemaafan adalah milik mereka yang ditagih kemaafan. Pelaku salah perlu sedar perkara ini. Jangan beranggapan kemaafan sesuatu yang layak anda dapat dengan mudah dan murah. Andai kata kemaafan tidak dapat diberi kepada anda, suka saya ingatkan anda telah berhutang dengan si dia, berdosa di sisi Tuhan.

Tidak memberi kemaafan bukan sesuatu kesalahan!

Wajar kita perbetulkan persepsi kita terhadap proses minta maaf. Rasa ikhlas itu dapat kita sambung, hantar terus kepada si dia jika itu tujuan yang benar, InsyaAllah! Yakinlah!

Retaknya pinggan kerana dilempar, andai digam sekalipun, retaknya tetap kelihatan. Jangan ulangi kesalahan yang telah kita buat. Sebab berulangnya kesalahan yang kita buat sebab kita merasa maaf itu murah dan senang kita perolehi.

Bermaafan lah sesama kita kerana itu tuntutan agama.

Rayban Caravan size 58 made in usa by baush and lomb (sold)

Lens size:58mm

Made in USA

Beli di Japan

Condition lens: 9/10

Frame:9/10

Lens Color: Hijau

Rayban sahaja. Tiada kotak, tiada kain, tiada card warranty.

Review dari saya:

Spek ni condition ok, cuma sayang tiada kotak, cuma spek sahaja. Ori atau tidak anda tentukan berdasarkan gambar. Pada saya, ori 100%. Makluman ,saya bukan pakar dalam bab rayban. Pada nose pad dan ear pad ada tulis b&l.

Harga:RM400 nett

2014-12-06 20.26.36 2014-12-06 20.27.07 2014-12-06 20.27.27 2014-12-06 20.27.51 2014-12-06 20.28.07 2014-12-06 20.28.29 2014-12-06 20.28.50

2014-12-08 15.57.55

HaniHafzan

Testimoni Pelanggan

Alhamdulillah walaupun masih baru dalam perniagaan online, saya cukup gembira dan bersyukur. Namun, adab berniaga, adakala rugi ada untung. Kadang-kadang terlewat pos barang, terlupa, lumrah manusia,khilaf saya. Terima kasih pada yang telah membeli dengan saya.

14194_296286957240461_280609299610709224_n 1907778_287687444767079_1489885334940248456_n 10525800_286981924837631_8935441042698923285_n 10527405_287256254810198_4003554864837103738_n 10544371_286981411504349_8629526541417024397_n 10616639_296286860573804_6190078176322009431_n

Dibawah ini saya sertakan gambar barang yang sudah terjual.

2014-09-12 23.48.05 2014-10-28 11.40.5210384027_288239901378500_5167253333986623290_n 10436018_286819071520583_6092576377984116704_n 10517970_287189891483501_6168435752187710358_n 10574335_286818688187288_6277049201420892977_n2014-07-03 20.05.54 2014-07-06 19.13.32 2014-07-14 18.48.19 2014-07-17 09.19.04 2014-09-13 21.16.392014-09-27 14.44.33 2014-09-27 14.46.46 2014-09-28 18.34.09

HaniHafzan

HaniHafzan

Berkley Sticker (2 saiz)

baru

Wahai pemancing2 tegar sekalian. Tunjukkan kesetiaan anda dengan adanya sticker Berkley di kereta anda!

Condition: New 100%

100% original from Berkley

Made in: USA *rujuk maklumat kat gambar

Tempat beli: Tokyo

Details: Rujuk gambar, ada dua saiz. Hanger baju sebagai rujukan.

1.saiz besar(RM55)

2014-09-27 14.36.14 2014-09-27 14.37.11


2. saiz kecil (RM35)

2014-09-27 14.37.41 2014-09-27 14.37.59 2014-09-27 14.38.14

HaniHafzan

Porter Tanker Waist Bag SOLD

 Hanya Jauhari yang mengenal manikam.

Bagi peminat beg jenama terkenal Porter Yoshida dari Jepun, tengok kain beg sahaja sudah tahu baldu hitam yang tahan lasak, tak lapuk dek fesyen.

Condition: Used

Luaran: 9/10(tiada kesan terkoyak, terbakar dsb)

Dalaman:7/10( ada kesan pen agak banyak namun tak menjejaskan rupa) *rujuk gambar

Saiz:

Details: Kain Baldu Hitam porter, klip besi yang cantek and vintage

Made in: Japan

Tempat Beli: Tokyo, Japan

2014-09-25 19.57.32
2014-09-28 19.41.23 1. Boleh muat banyak barang. 2.Kesan Pen
da
Gambar Ehsan Google Rupa poket sama macam beg ini. Semua sama,klip besi macam dalam gambar ini. (barang sudah ada di Malaysia)

Harga: RM280

HaniHafzan