Tips melancong ke Jepun

Assalamualaikum wbt.

Saat saya sedang menghentam pad kekunci laptop ini, kedinginan malam terasa sampai ke tulang Palmar saya. Begitu juga bibir saya begitu kering lantaran sejuk mencecah 10 celcius. Saya kongsikan sedikit tips untuk anda yang menyimpan hasrat ingin melancong ke Jepun. Ini tips secara umumnya.

1. Be prepared.

Buat perancangan teliti mengenai perjalanan anda. Ya, dari mula sampai di lapangan terbang hingga pulang ke Malaysia. Saya pernah membawa pelancong dari Malaysia dan sungguh kagum dengan “research” yang beliau lakukan. Bila saya bertanya ingin kemana, nah keluar satu “list” tempat dari beg beliau. Dan apa yang menariknya, beliau sudah sedia maklum stesen mana yang terdekat untuk ke destinasi. Malu saya sebagai tourguide beliau. Hihi.

2. Money

Di jepun tiada yang murah. Memandangkan kos pengankutan, makanan amat mahal anda disarankan bawak banyak banyak duit. Sebagai contoh, untuk travel 2-3 tempat di tokyo, kos pengankutan boleh menjangkau RM80. Menu makan tengah hari RM30 seorang. Tidak termasuk bayaran tourguide dan sebagainya.

DSC_0711

3. Japanese for Dummies

Saya sarankan belajar sikit perkataan mudah bahasa jepun supaya tidaklah terkial kial kalau nak bertanya apa-apa. Perlu ingat bahawa orang jepun belajar bahasa Inggeris di sekolah menengah dan penggunaannya tidaklah seluas di Malaysia. Contohnya, maklumat kandungan pemakanan yang sering terpapar di belakang makanan bukanlah dalam bahasa inggeris sebaliknya penuh dengan perkataan ibonda mereka. Dan sebutan atau perkataan inggeris yang keluar dari mulut mereka tidaklah sebagus rakyat malaysia secara amnya. Jadilah itik bercakap dengan ayam. Haha.

untuk tip-tip lain boleh tengok kat sini.

Kesimpulan, selamat datang ke negara Jepun! Gambatte!

Hanihafzan